 Site Navigation
 Recommended Sites
 Latest Discussions
l@Nz @ 07-4-08 23:51
Read: 6 Comments: 0
Merijuana @ 07-4-08 23:26
Read: 3 Comments: 0
chan.oke @ 07-4-08 17:21
Read: 14 Comments: 0
ronin @ 07-4-08 15:13
Read: 19 Comments: 0
|
|
 Last 10 Posts
Pokok Stevia : 300x lebih manis daripada gula |
| Posted by andsem - 07-1-08 13:44 - 0 comments |
 |
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Daun pokok stevia yang kelihatan seperti rumput biasa Pokok Stevia yang hidup menjalarIa merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan. Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2. Di Malaysia, satu kajian industri masih lagi dijalankan ke atas pokok ini. Kajian tersebut meliputi cara penanaman bersesuaian, jenis baja, kadar survivability pokok untuk hidup dan ketahanan nya ke atas iklim di Malaysia. Kajian ini masih lagi dijalankan di Stesen Mardi Kluang diketuai oleh Encik Mohd. Rani bin Awang. Editor : andsem Sumber : Unit Padi dan Tanaman Industri Stesen Mardi Kluang... haaa.. kt Malaysia ada orang tanam kat perlis rasanyer... sekilo daun die jual rm80.. no wonder la harga die mahal.. coz bukan senang nak hidupkan menatang ni.. kat tapak kajian diorang buat ni.. diorang semai 1500 yang hidup nye juz 400 jek.. mcm ne nak survive tu.. blom lagi pindah masuk batas... pasal rasa manis die.. perghhh,mmg manis gile.. petik j daun die.. kemam gune lidah... tapi bile dah nak abis rasa tu.. ada pahit2 sket.. maklumla..daun..kui3x.. slamat membaca...
|
Read 68 times - make a comment
|
Pilih pasangan ikut syariat |
| Posted by Merijuana - 07-1-08 12:45 - 0 comments |
 |
ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada manusia dunia dan akhirat.
Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian.
Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah tangga.
Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam.
Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.
Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)
Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.
Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”
Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.
Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu 'Adi)
Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.
Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”
Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”
Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.
Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.
Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”
Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.
Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.
Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya.
Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.
Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”
sumber:harian metro
|
Read 37 times - make a comment
|
Death Metal : What Do You Know About It? |
| Posted by JWG Articles - 06-29-08 20:16 - 0 comments |
 |
 Death Metal? Ha ? Besi Mati? Apo kobondo neh jang? Konfius dengan namanya? Mari kita selongkar apa itu death metal yang mungkin korang pernah/tak pernah dengaq. Kali neh kita akan mengenali muzik metal yang paling banyak dimainkan oleh band metal sama ada di dalam ataupun di luaq negara, iaitu sepupu kepada muzik Black Metal iaitu Death Metal. :yeah Dark Tranquility - Minds Eye (Mp3)Banyak metalheads tahu bahwa death metal, black metal, speed metal semuanya berasal dari satu cabang iaitu thrash metal, tapi aku nak tekankan kat sini macam mana muzik death metal tuh berkembang. Banyak orang yang salah anggap death metal ngan black metal neh sebab nama pun dah “death” , bermaksud kematian, (apa masalah ngan kematian? semua orang akan mati kan satu hari nanti, jadi takyah nak melenting). Sejarah bagaimana death metal neh berevolusi dr muzik thrash ialah sekitar awal tahun 80-an di blah2 US dengan Kanada. Zaman tuh thrash metal memang adalah muzik yang diterima dan merupakan muzik mainstream yang dibawa oleh bands terkemuka macam Metallica lama (seblom Cliff Burton mati eksiden), Slayer, Megadeth. Tapi dalam tahun 1983-1985, bands macam Sodom, Sepultura, Possessed, Death, Morbid Angel, Kreator cuba untuk mengasingkan diri dengan mengubah style riff untuk mencipta genre muzik yang sendiri supaya dapat membangunkan scene mereka yang sendiri.  Nak kata sapa pengasas genre death metal neh pun cukup payah sebab skop muzik metal neh terlampau luas, tp, secara amnya, band genre death metal neh akan mengandungi satu vokalis (kadang-kadang akan mengambil peranan sebagai mana-mana instrumentalis), dua gitaris, soang drummer, dan sorang bassis. Tapi tak tentu gak, kadang-kadang ada gak instrumen yang lain-lain dimasukkan dalam muzik death metal untuk memberikan lebih variasi kepada death metal neh.Jenis drum yang dipakai selalunya tentulah drum yang ada twin @ double pedal ataupun lebih dikenali dengan nama double-bass drum. Gitar lak, lagilah berjenis-jenis, dr gitar biasa 6-strings hinggala ke jenis 7-strings (aku tak reti sangat bab gitar neh.).  Style vokal yang selalu band2 death metal biasanya growl ataupun guttural dan memang mengambil masa untuk seseorang vox band death metal untuk create style suara masing-masing. Tapi tak SEMUA band death wajib kena growl ataupun seangkatan, ada jugak band2 yang menggunakan ‘clean vocal’ dan buleh difaham dengan jelas banding ngan lain2 yang ntah apa yang di ”groohaaahhhh!! “ kan slalu. Mesti korang tak paham kenapa nak di growlkan waktu band2 metal neh menyanyi. Ada satu pendapat mengatakan liriknya is considered to be too crude to be spoken out clearly. Maksudnya orang yang malas nak tau lebih lanjut , tak paham pun takpa, janji buleh headbang. Secara umumnya la kan, aku buleh bahagikan muzik death metal neh kepada 3 bahagian iaitu, classical death metal, brutal death metal dan melodic death metal : Classical Death MetalClassical death metal neh lebih tertumpu kepada band-band lama (nama pun dah classic kan?). Kira pengasas style death metal neh la kategori classic. Dari classical death neh plak, kita buleh bahagikan kepada dua iaitu, American School of Death macam band seperti Massacre, Monstrosity, Autopsy dan lenlain. Satu lagi class ialah Swedish School of Death Metal , yang dimulakan oleh Entombed dan diikuti dengan band2 lain macam Dismember , etc… Brutal Death MetalNama pun brutal kan? Yang neh la paling ganas baik dari segi muzik, lirik ataupun vokal. Bunyi nya yang tight, lirik nya yang (baik korang toksah tgk la lirik dia, lainla kalau korang neh sakit mental ataupun seangkatan dengannya), suaranya macam orang yang tenggah menggelupur sebelom kena sembelih dan time pisau tengah dihiris pelan2 dekat anak tekak kita.Senang cakap “brutal” la style nyanyiannya. Memang first time dengaq, tah apa-apa punya style, tapi lama kelamaan bila dah biasa, korang mungkin akan stat suka brutal death metal neh. Contoh band macam Impiety, Necrotic Chaos, Cannibal Corpse, Six Feet Under dsb. Melodic Death MetalBagi sapa-sapa yang cuba-cuba nak berjinak dengan muzik xtreme metal, dinasihatkan mula dengan band-band melodeath neh. Sebab melodeath neh memang macam2 instrumen yang buleh bawak masuk macam keyboard dan sbgnya. Tak ketinggalan jugak kadang-kadang ada jugak riff-riff akustik yang lebih mengsyahdukan (melebih-lebih lak aku neh) supaya buleh tarik perhatian lebih ramai orang untuk kenal dengan muzik metal. Walaupun melodik dan sebagainya, instrumen2 yang lain tetap dengan dengan keagresifan death metal dan vokalnya masih growl, guttural, dan kadang-kadang orchestra pun tersesat masuk.Contoh band memang banyak macam The Hidden, Dark Tranquility, In Flames, Children of Bodom, Morgoth dsb.  Muzik death metal neh, macam yang disebut tadi, memang luas sangat skopnya, sejak zaman 80-an lagi, beribu-ribu band death metal yang tumbuh seluruh dunia, termasuk jugak Malaysia (in fact, scene metal la yang mula bawak masuk style berkarya secara underground di Malaysia, sebelom Grunge, Indie Rock, Oi, Punkrawk dan sebagainya bertapak). Jadi banyak la band yang mengaku “the first” yang implement dari segi riff, chord ataupun distortion. Antara scene yang paling banyak mempengaruhi scene death metal kat Malaysia ni ialah Swedish Death Metal. Swedish punya style lebih ke arah melodik, seperti apa yang kita buleh dengar pada band death metal sekarang neh macam In Flames, Dark Tranquility, etc… . Finland, Sweden, Norway apa semua punya scene adalah di bawah satu payung Scandinavian Metal. Maksudnya semuanya dari satu root la.Tapi yang belah-belah Sweden neh lebih tertumpu ke arah permainan secara teknikal dan lebih melodik. Kalau blah Norway plak, lebih mementingkan unsur-unsur cult yang nak dekat-dekat sama dengan black metal itu sendiri. Dari segi pemakaian plak, sebenaqnya band death metal neh bebas ja nak pakai apa pun, tak macam black metal yang senang kita kenal dengan corpse paint dan spikes menceracaknya, tapi secara umumnya, dressing serba hitam la lebih kurang, rambut kena rebonding , ehe.. dak.dak.. rambut kalau metal kalau panjang kan lagi nampak kemetalan kan? Tapi tadak apa syarat, nak pakai baju melayu pun takpa aih. Dekat Malaysia sendiri, scene metal kita telah pun berkembang sejak pertengahan 80-an lagi di mana band-band pioneers macam Blackfire, Slapdeath, Punisher, yang paling membanggakan iaitu Infectious Maggots. Tapi Infectious Maggots neh lebih ke arah hardcore. Band yang diasaskan oleh Fathul neh (jangan buat lecey Fathul neh, dia la pencipta lagu Cinta Flop Poppy) neh dikatakan membanggakan sebab sampai band Fear Factory dengan Bolt Thrower pun pernah sarung t-shirt Infectious Maggots neh. Tapi tuh zaman dulu la, waktu muzik metal tengah baru nak berkembang. Kemudian pada hujung 80-an dan awal 90-an, muncul pulak satu band yang datang dari negeri paling utara kat semenanjung, Perlis, iaitu Sil Khannaz. Sil Khannaz neh pada asalnya lebih ke arah black metal (semangat Blackfire la kununnya), tetapi makin lama, diorang variasikan muzik yang diorang main, kira senang cakap, semua metal la diorang main. Tapi bg aku rasa basic depa ialah Death Metal.  Sejak pertengahan tahun 90-an hingga la sekarang, memang berpuluh-puluh band death metal yang di established kat Malaysia neh, memang banyak band yang memang berpotensi dan berwibawa (er.. tah pabenda nak kata..?). Nak listkan semua band yang ada memang banyakla, tapi bands feveret aku macam The Hidden (ex-Herriot bangga woh, band SIMPANG KOALA), Enthrone Falls (melodeath), Hegyra(melodeath), Pyron(death metal), Necrotic Chaos(brutedeath), Langsuyr(cultdeath), Alcentric (melodeath), Nosferiel(blackdeath), dan yang paling best Sil Khannaz. Aku harap dengan benda yang aku habaq neh (secebis saja neh, nak habaq benda lain tak brapa reti), undergrounders kat sini, sama-sama la kita support scene metal dalam negara kita yang semakin berkembang, bagilah masa untuk scene kita untuk maju, belila demo2 depa supaya diorang ada cukup peruntukan untuk menghasilkan lebih banyak karya. Kita tau, kalau xtreme metal, memang kat Malaysia neh takleh cari makan. Jangan takut untuk dengar band-band macam neh sebab kebanyakan lirik band death metal neh berkisarkan apa yang tengah jadi dekat sekeliling dunia macam perang, pembunuhan ramai-ramai. Benda neh memang realiti dan kita tak buleh lari. Enuff with “dovy lovy lagu cinta-cinta benci-benci ah rindu-rindu”. Rajin-rajin la berkunjung kat kedai Jaie tuh , Nebiula Heavy Metal Shoppe kat Cambell Complex untuk beli stuff (ehe.. aku saja promote, tadak komisen pun) .Akhir kata hentikanla prejudis terhadap scene metal Malaysia neh dan majulah Boboy, Antz, NewBoyz, Spin untuk negara. P/s: apa aku tulis neh sepengeathuan aku, kalau ada salah pakat2 pebetui ya?
|
Read 46 times - make a comment
|
Black Metal - What Do You Know About It?-contains explicit picture-editor |
| Posted by JWG Articles - 06-29-08 20:03 - 1 comments |
 |
 Black Metal? Kambing hitam? Puja Setan? Mungkin itu yang terlintas di kalangan fikiran undergrounders semua bila sebut ja pasai Black Metal? Tapi berapa ramai sahaja orang yang tau sebenaq2 nya asai dari mana black metal dan macam mana keadaan asal muzik black metal itu sendiri? Dan mesti korang tau semua dekat Malaysia neh apa yang jadi kepada golongan yang begitu taksub dengan black metal ini sampai jadikan benda neh sebagai pegangan hidup dan terpesong akidah? Akai ada letak dalam spenda! Bagi aku muzik neh hanyalah satu hiburan ringan bagi aku. Jadi mari kita lihat interview yang dibuat dengan setan.. ehe. dak aih.. mari kita selongkar sejarah muzik black metal yang penuh sadis ini sendiri untuk mengeducatekan undergrounders di sini :tv: Cradle Of Filth - From The Cradle To Enslave (Uncensored Vclip)Black metal sebenarnya bukannya muncul tiba2. Asalnya ialah sub-genre daripada muzik heavy metal yang biasa.Kebiasaannya muzik jenih neh mengandungi bunyi distortion gitar yang berat dan dimainkan dengan pantas, vokal yang menjerit dan drumming yang laju.Liriknya pula kebanyakannya berteraskan kepada anti-Kristian dan turut juga diselitkan dengan tema-tema kultus.Dari segi imej pula, pada awalnya band2 muzik ini lebih suka menggunakan "cat mayat", sejenis mekap yang kaler hitam dengan putih untuk menunjukkan kesetanan mereka, heh. ::Sejarah:: Awal 80-an dulu, band2 yang bercorakkan black metal ini buleh dikatakan mula muncul di area2 cam Norway, Scandinavia, Finland dan adek bradek depa la. Orang yang paling bertanggungjawab dalam memulakan scene black metal neh tak lain tak bukan Øystein Aarseth (Euronymous), gitaris band Mayhem. Dia neh buleh dikatakan bapak kepada muzik black metal. Scene black metal di sana memang betui2 anti-Kristian, dan menyatakan matlamat depa untuk mengusir pengaruh agama Kristian dan juga lain2 agama non-Scandinavian daripada rakyat Norway. Gerakan pengusiran ini boleh dikatakan diterajui oleh satu kumpulan bernama 'Inner Circle', yang diketuai oleh Aarseth sendiri dan beberapa rakan rapat dia dan ditubuhkan di basement kedai muzik Aarseth, Helvete. Kedai itu juga turut berfungsi sebagai recording studio , di mana band Mayhem dan beberapa lagi band yang bernaung di bawah label independent Aarseth yang bernama Deathlike Silence. Matlamat Deathlike Silence ialah untuk menghasilkan album2 bg band yang "menjelmakan setan dalam bentuk yang paling setan" hehehe, kira band yang betui2 imej dia ganas dan setan la layak nak bernaung bawah label neh.  Pada waktu yang sama juga, banyak gereja2 di Norway dibakar dan geng Inner Circle neh mengaku depa yang bertanggung jawab dalam bakaq2 gereja neh. Dan peristiwa bakaq gereja yang paling diingati ialah gereja Fantoft, yang juga dibakaq oleh geng Euronymous (Inner Circle la tu). Dan yang paling melampao bila ada segelintir pengikut gerakan neh mula mencederakan band2 death metal yang mai buat tour dekat negara depa ataupun negara2 jiran dengan alasan : "lack of evilness" . Sakai ka apa depa neh? Punya pasai la orang nak main apa pun. Dalam tahun 1990, scene black metal ini tiba2 ja mendapat liputan meluas daripada media massa apabila frontman band Mayhem neh telah membunuh diri dengan menembak kepalanya dengan shotgun dengan nota yang ditinggalkan "Excuse all the blood". Mayatnya kemudiannya ditemui oleh Aarseth sendiri , tapi mamat neh bukan nya dia tepon polis, sebaliknya dia pegi dekat kedai yang juai kamera pakai buang dan beli sebijik pehtu tangkap gambar kepala membernya yang dah bersepai dengan otak dah tekeluar.Tujuan dia tangkap gambaq tuh? Untuk dijadikan kulit album depa pada masa akan datang yang bertajuk Dawn of The Black Heart (tak caya? tgk gambaq yang disediakan). Ada juga laporan yang mengatakan band2 member yang lain ambek sket otak Dead (nama member yang bunuh diri tuh) pehtu buat stew dan makan dan ambek sket serpihan tengkorak dia buat rantai.Memang saket jiwa betoi la depa neh.  'Inner Circle' sekali lagi mendapat perhatian media apabila Vikernes (band Burzum) bunuh Aarseth dengan kejamnya atas masalah peribadi antara depa diorang tuh dengan menikam 23 kali dekat kepala Aarseth. Vikernes kendiannya dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan sejak tuh mula menjauhkan diri dari gerakan black metal neh dan terlibat dengan aktif dalam penghasilan karya2 yang berbau Neo-nazi. Dan dalam beberapa tahun dalam 90-an, apabila scene black metal neh nampak macam nak kiok dah, muncul band Dimmu Borgir yang menggunakan susunan muzik yang klasik, keyboard dan muzik2 diorang pun slalu gak dimainkan di belah2 Eropah. Daripada muzik yang susah diterima dari awalnya, Dimmu Borgir berjaya menaikkan scene black metal ini ke satu tahap di mana muzik ini mampu menarik perhatian lebih ramai orang.  Walaubagaimanapun, dalam pertengahan 90-an, scene black metal di Eropah Timur semakin bertambah. Band2 dari negara2 bekas Soviet neh menghasilkan rekod yang lebih memelihara style asal band2 Norway yang awal.Lirik2 pula kebanyakan lebih kepada untuk mengingati kegemilangan lampau negara asal diorang, dan tidak langsung memasukkan elemen2 lagu2 tradisional di dalam karya diorang.Skyforger, salah satu band dari Latvia neh la yang paling menonjol dalam style masukkan unsur muzik tradisional neh.Di Russia dan Ukraine plak, scene diorang lebih menjurus kepada arah metal-Scandinavia.Band Ukrain, Nokturnal Mortum, merupakan salah satu band yang mula mendapat perhatian di belah2 barat dan memasukkan instrumen muzik Slavik tradisional dalam arrangement muzik diorang.Di Poland pulak, band neo-nazi, Graveland, lebih suka memasukkan feel zaman feudal eropah dalam muzik diorang. Bagi scene di US plak, sikit sangat band2 yang bawak muzik black metal neh dan kadangkala dipangge dengan USBM (US Black Metal) dan beberapa band macam Judas Iscariot dan satu lagi band yg ada skit unsur death metal , Averse Sefira. ::Sub-genre::Dari black metal neh, beranak pinak lagi macam-macam punya genre spt: Battle metal (Bal-Sagoth, Mortiss) Celtic metal (Cruachan, Geasa) Folk metal (Skyclad, Cruachan, Waylender) Medieval metal (Satyricon, Borknagar) Melodic black metal (Abyssos, Cradle of Filth, Dimmu Borgir) Nazi black metal (Burzum, Thor's Hammer, Kataxu) Symphonic black metal (Cradle of Filth, Emperor) Tolkien metal (Isengard, Summoning) Troll metal (Arckanum, Mortiis) Vampyric black metal (Cradle of Filth) Viking metal (Bathory,Vintersorg, Enslaved)  Bagi aku, aku lebih prefer kepada melodic black metal dengan symphonic, sebab muzik dia mmg sempoi dan kadang2 bikin tidur.Bagi scene di Malaysia ngan Singapura plak, band2 black metal yang terkenal ialah macam Sil Khannaz, As-Sahar, Nosferiel, Impiety dan blambak lagi. Stakat aku tgk musician black metal kat Malaysia neh okeh ja kalau kat luaq, cuma time perform ja mungkin showmanship diorang ganas2.Yang bebudak kena tangkap dulu tuh betui2 aku cakap depa bukannya tau sangat benda apa black metal neh, cuma tau mengikut ja a.k.a POSEURS!! AKhir kata dari aku, kalau ada silap pasal info yang aku cuba kasitau neh, tolong la pebetui okeh?
|
Read 62 times - last comment by doightdebeurre
|
What is Underground? - Muncul Sebagai Gerakan |
| Posted by JWG Articles - 06-29-08 19:52 - 0 comments |
 |
 Underground memang bukan benda baru kat Malaysia nih.Apa yang korang bayang bila sebut ja perkataan "underground"? Aku penah baca editor majalah ujang (Petai) kata bila bayang ja pekataan tuh dia terbayang kambing itam tengah kena sembelih ataupun korang ada yang nak buat lawak tapi tak jadi kata kehidupan di alam kubur. Bersempena dengan tema ASAL portal Jiwang.Org neh iaitu, Your Underground Resource, mari kita selongkar macamana wujudnya istilah underground tuh bg scene muzik bagi menambahkan pengetahuan user kat sini yang masih kabur-kabur apa iatu "underground"? sila read more..Kalau yang tatau maksud sebenar dia, mesti tepikir satu kumpulan yang dressing selekeh dan membawa muzik-muzik yang jarang didengar di telinga.Maklumla, tawon 2001 dulu kan meletup pasal isu black metal (bebudak bodo yang makan taik kambing - tumbuk tulang rusuk tuh satgie kang!) sampai kebanyakan rakyat punya pandangan pasal muzik aliran macam nih semuanya jahat, tak guna, busuk, rosak masyarakat dan ada kaitan dengan setan dan ada jugak segelintir masyarakat HANYA kaitkan underground dengan punk dan metal dan segala muzik satu keturunan - death metal, doom metal, grindcore, grunge, thrash metal dan tahla brapa banyak jenih punya metal.  Dan tentu juga terbayang satu ideologi ataupun pegangan hidup yang "keras" yang diikuti oleh semua pengikutnya dan sikap puak ini yang macam militan dan suka memberontak baik dalam hal muzik ataupun perilaku. Memangla tak buleh nak salahkan masyarakat kalau dah macam tuh yang dah termaktub dalam kepala otak sebabnya ada jugak segelintir geng underground yang dah terover ikut benda nih sampai ada yang terpesong akidah, akal ada letak dekat buah pinggang! lebih-lebih lagi sejak gelombang bermulanya band-band underground dekat Malaysia bergiat aktif dalam pertengahan 80'an.Sebab waktu ada band metal yang berjaya rekod and distribute album-album diorang secara underground dan sejak itulah apa-apa saja yang ada sangkut paut dengan punk atau metal disamakan dengan underground. Kebelakangan nih istilah "underground" tuh selalu diekploitasi oleh pihak media yang menggambarkannya ianya hanyalah suatu jenis hiburan semata-mata.Padahal, there's a lot more about underground than just being a phrase untuk menggambarkan ianya satu jenis muzik. MUNCUL SEBAGAI GERAKANDalam penghujung 60'an, sewaktu industri muzik samada di Eropah ataupun Amerika mengalami satu stagnation.Waktu itu boleh dikatakan tiada pembaharuan ataupun kelainan muzik-muzik yang dibawa oleh band-band dan artis yang wujud pada zaman itu.Yang ada cuma album-album yang diterbitakn secara berlebihan, dengan rentak muzik yang seragam.Semua yang ada pada waktu itu, berlumba-lumba untuk menyediakan bentuk hiburan yang ala kadar dan tujuan asalnya apalagi kalau bukan nak kaut untung seberapa banyak yang boleh! Peranan label-label muzik gergasi pada waktu itu menjadi begitu dominan dan mereka yang menentukan apa yang baik dan tidak baik untuk dijual. Pemuzik diarah untuk sefahaman dengan prinsip begitu dan kebebasan berkarya hanyalah satu mimpi bagi mereka.Mereka juga terlena dengan puji-pujian dan timbunan wang oleh major label dan akibatnya kreativiti mereka pun menjadi semakin mandul. Dan dalam keadaan yang suram macam tuh, ada sekumpulan seniman New York yang datang dari pelbagai latar belakang ataupun tempat, yang rasa tidak puas berusaha untuk membuat pembaharuan Caranya? Ya, buat muzik ataupun jenis karya yang berbeza, dan berlainan sekali dengan apa yang terdapat di dalam industri muzik waktu tuh. Dia antara nama-nama awal yang mula merintis scene2 sebegini maacam Patti Smith, Lou Reed dan Velvet Underground, dan yang agak feymes, The New York Dolls. Diorang ini lah yang mula berani muncul dengan konsep sebegini, tidak mengikut style industri muzik pada waktu itu yang kononnya nampak sofistikated tapi membosankan.Mereka mempamerkan karya-karya dengan keadaan emosi semasa yang mereka alami macam marah,sedih, ataupun buntu, semuanya mereka luahkan kepada muzik2 mereka.  Lagu-lagu yang 'duration' nya pendek dan rancak serta lirik yang penuh bermakna manjadi taruhan. Begitu juga dengan aksi waktu atas stage (zaman tuh aku tatau wujud dak lagi mosh, dive stage, pogo , etc. etc.) yang bukannya saja-saja dibuat, dan lebih kepada penonjolan emosi mereka dan digabung dengan koreografi band itu sendiri Tidak berhenti di situ jugak, muncul pula segolongan musician yang mmg berlawanan dengan industri waktu itu bukan sahaja dari segi karya, malah dalam cara menyebarkan material masing2. Yep, dengan pengetahuan dan kemampuan sendiri, DIY (Do-It-Yourself) mula berakar umbi di kalangan musician underground sejak dari dulu sampai la skarang. Dari saat produksi album hinggalah promosi. Sorang rakyat Britain bernama Malcolm McLaren, cuba-cuba membawak movement underground musicians yang semakin menular di kalangan belia dekat US,ke Britain pada sekitar 70-an.Waktu itulah munculnya satu band yang sampai skarang menjadi salah satu ikon punk, sapa lagi kalau bukan Sex Pistols.McLaren merupakan manager kepada band Sex Pistols ini. Selama separuh daripada dekad 70-an, Malcolm menyebarkan idea independent dan sampaikan fahaman underground neh bukan saja hanya berpaksikan kepada muzik, sampaikan dari segi sosial dan politik masyarakat Barat secara keseluruhan.(kambin betui) Sejak saat itulah, underground berubah ganti rupanya yang jadi macam gerakan budaya. Gerakan bagi sesapa yang dah jelak atau menyampah dengan segala-galanya yang bersifat mainstream.
|
Read 38 times - make a comment
|
|