3 Pages V  1 2 3 >  
Reply to this topicStart new topicThank You
> Si genius matematik kini di Lembah hina (Sufiah Yusuf), awat lah dia jadi lagu nie....

 
Polaris_girlz
post Mar 31 2008, 06:58 PM
Post #1


♥♥♥♥♥
Group Icon

Posts: 1,390
Joined: 5-January 06
From: Polar Ice Cream Sdn Bhd. Lot 3, Jalan 3A, MIEL Industriial Estate, Batu 11, Jalan Balakong, Balakong, Selangor
Member No.: 1,284
Status: Offline
Last Seen Online:
Jun 13 2009, 03:50 PM
Gender:
Country: Afghanistan

Y!M :



(IMG:http://img20.imageshack.us/img20/5884/sufiyacw6.png)

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.

Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.

Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).


Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.

“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.

Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.

“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.

Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.

Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.

Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.

Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.

Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.

Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”

Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.

Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).

Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.

Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.

Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.

Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.

Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.

Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.

Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”

Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.

Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.

“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.


--------------------------------------

hmm....nape lah dia sampai jadi camni
adakah kerana tekanan prasaan & penderaan fizikal yg dia
alami myebabkan dia tersungkur di lembah hina ini.....
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
JwgBot
post Mar 31 2008, 06:58 PM
Post #
bot

JiwangBot

Member Group: Bot
Posts: 69
From: Datacentre
Member No.: 9506



Joined: Today, 11:45 AM








Go to the top of the page
Quote Post


 
doightdebeurre
post Mar 31 2008, 07:41 PM
Post #2


life's a bummer when you're hummer
Group Icon

Posts: 294
Joined: 17-December 05
Member No.: 661
Status: Offline
Last Seen Online:
Nov 27 2008, 04:44 PM
Gender:

Not Telling



kepada sape yg berminat cari la kat net ade gambar die topless ahah
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
Qiqidh
post Mar 31 2008, 09:34 PM
Post #3


Inspired
Group Icon

Posts: 126
Joined: 25-November 05
From: 31000 Toulouse
Member No.: 62
Status: Offline
Last Seen Online:
Mar 20 2009, 03:09 PM
Gender:
Country: Malaysia

Y!M :



Herm, ada orang beli gembira dengan duit. Ada orang pula jual gembira dengan tubuh badan. Salah ke?
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
Ngahaha...
post Mar 31 2008, 09:47 PM
Post #4


Pekebun dan Peladang
Group Icon

Posts: 987
Joined: 25-November 05
Member No.: 66
Status: Offline
Last Seen Online:
Mar 9 2009, 03:36 AM
Gender:

Not Telling



salah ke? pertanyaan apakah itu? hahaha...

tapi dulu klu tak salah aku dia ada problem ngan family.. pasal bapak dia.. tu sebab masa study kat oxford tu pun slalu wat masalah.. tapi tak tau detail
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
ninjutsu
post Mar 31 2008, 10:44 PM
Post #5


Explosive
Group Icon

Posts: 258
Joined: 6-April 06
From: kanoha leaf country
Member No.: 6,609
Status: Offline
Last Seen Online:
Jan 2 2009, 08:53 AM
Gender:

Y!M :



knapa lah jadi begini..dialah budak aku kagumi dulu...tp skg...tulah..jgn paksa naka buat benda yg dia tak suka..dia tak menjalani kehidupan seperti kanak2 normal...
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
Qiqidh
post Apr 1 2008, 02:27 AM
Post #6


Inspired
Group Icon

Posts: 126
Joined: 25-November 05
From: 31000 Toulouse
Member No.: 62
Status: Offline
Last Seen Online:
Mar 20 2009, 03:09 PM
Gender:
Country: Malaysia

Y!M :



Bukannya dia seorang jer budak universiti yg buat pekerjaan camni. Ramai gila yg provide service escourt under agency. Sufiah nih sekarang amik part time course study dan tanggung diri sendiri. Dia nih dah macam putuskan hubungan dengan keluarga dia. Bila ditanya kepada ibu dia, Halimahtun yg merupakan seorang saintis, dia ckp camni "Saya taktau anak saya buat kerja camni, saya dah lama tak berhubungan dengan dia"
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
hafez
post Apr 1 2008, 04:12 AM
Post #7


Inspired
Group Icon

Posts: 115
Joined: 11-September 06
From: ardil kinanah
Member No.: 10,075
Status: Offline
Last Seen Online:
Jun 30 2009, 09:29 AM
Gender:

Y!M :



sampai tahap ni...dah bnyak gak la kes macam ni..budak2 genius,hidupnya berakhir ngan kemusnahan...sedey bercampur malu sbb ada gak darah daging abak melayu mengalir di badan sufiah...


ape tindakan kerajaan malaysia???sekadar melihat dari jauh....???sama3 kita doakan dia kembali ke jalan yg hakk... (IMG:style_emoticons/default/sign0085.gif)
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
SpammeR
post Apr 1 2008, 07:38 AM
Post #8


Motivated
Group Icon

Posts: 93
Joined: 17-January 08
From: Some place u don't know.
Member No.: 21,573
Status: Offline
Last Seen Online:
Mar 18 2009, 01:00 PM
Gender:
Country: Bangladesh

Not Telling



Sebenarnya bukan sufiah je yang jadi camni. Dan bende2 ni bukan berlaku kat Manchaster je...... Manusia apabila mengagungkan dunia, memngabaikan iman, melupakan ALLAH, maka bende yang lebih teruk dari ni pun manusia tu boleh buat.

Pompuan sepatutnya dibimbing oleh lelaki. Dan bimbingan ini hanya terdapat pada orang2 yang beriman je... Lelaki sepatutnya mengambil tanggungjawab membimbing kaum wanita, bukan menganinaya mereka ni....

Ayah, abang atau adik lelaki sepaptunya terlibat dalam usaha untuk memelihara dan melindungi mereka. Ini hanya boleh dilakukan apabila kehendak ALLAH dan Rasulnya diamalkan dan menjadi sebati dalam kehidupan seharian sehingga hayatnya.

Siapa yang sanggup melihat adik perempuan, kakak atau saudara mereka diperlakukan sebegitu? Oleh itu, kita perlu berubah dan membimbing mereka.........




(IMG:http://boxman.awazo.com/photos/2007/070112shadow.jpg)
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
ninjutsu
post Apr 1 2008, 08:18 AM
Post #9


Explosive
Group Icon

Posts: 258
Joined: 6-April 06
From: kanoha leaf country
Member No.: 6,609
Status: Offline
Last Seen Online:
Jan 2 2009, 08:53 AM
Gender:

Y!M :



PunterNet Field Report on "Shilpa Lee" of Manchester

This Field Report is the intellectual property of PunterNet. PunterNet is solely owned and operated by Galahad, and is not affiliated with any escort directory websites or guidebooks, or any other person or organisation. Individual Field Reports may be linked from the websites belonging to the ladies or agencies mentioned in the reports, but they may not be copied, captured in a frame or child window, have their headers or footers altered, or in any other way made to appear as though they are the content of any site other than PunterNet.

Field Report number 81231 - posted 23 Mar 2008
From: doc999 - Click Here to see all reports by this author
Location: Manchester
Web URL: http://www.manchesterasianescort.co.uk
Date: Wed 19 Mar 2008
Time of Day: 21:15
Type of Visit: Incall
Time Spent: 1 hour
Price: 130
Her Place: Pleasant apartment in a new development on the border of Manchester and Salford. Safe area. No problem with parking.
Description: Shilpa is a truly beautiful woman of mixed Asian/Chinese extraction. She has a pretty face and flawless complexion. She was dressed in an attractive outfit, which included boots and a short skirt. Once undressed, she has a stunning, thin but well-proportioned figure. She has shapely and attractive breasts - defintely two of her best assets.
Comments: This was my first encounter with an escort, so I was feeling nervous. We sat on the sofa, drank some wine and talked. From there, we moved to sensuous kissing. Between us we removed her clothes in very erotic way. I had no trouble being aroused and we moved quickly to the bed to continue our encounter. The sex was natural and flowed easily. I don't think that I want to go into the mechanics of this but it was a genuinely satisfiying experience. Shilpa seems to enjoy sex and there was no artificial acting. Afterwards, I was given a relaxing back massage and we had a good conversation. Shilpa is educated to degree level, so is an intelligent as well as beautiful companion. This girl has got it all! I cannot recommend her highly enough.
Recommended: Yes
Would You Return: Yes


sumber-http://www.punternet-uk.co.uk/frs/indexes/recent.html

Sukarnya Menjadi Genius


adi.jpg
Adi Putra

Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.

Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.

mhean9.jpg

Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90´an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?

ADI PUTRA

Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.

Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi 'sumpah' ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.

svchan_wideweb__470×3160.jpg
It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate. Photo: Craig Abraham

Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.

Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.

Chan Yao-ban telah bertemu dengan `perjuangan' yang bakal memanfaatkan kelebihannya.

Apakah seseorang itu perlu `melarikan diri' dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?

SUFIAH YUSOF

_820888_family300.jpg

Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.

Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.

Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.

Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.

Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar [1] News of the World, berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!

Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda's College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi `mangsa'.

Apakah semua ini?

JOHN NASH

225px-john_f_nash_20061102_3.jpg

Masih ingatkah kita kepada [2] John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.

200px-abeautifulmindposter.jpg

Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam [3] artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.

Katanya,

More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.

Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!

n_03chiang.jpg

Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

PENGAJARAN

Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.

Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?

Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi' al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.

Apakah rahsia mereka?

Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.

BUAT PENDAKWAH

b0111.jpg

Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.

Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ dan tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak [4] peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.

Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!

Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.

Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan `lemah didikan agama' atau `hidup tidak mengikut sunnah'.

Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus dilihat sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.

adiputra.jpg

Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
SoulID
post Apr 1 2008, 08:56 AM
Post #10


helper
Group Icon

Posts: 843
Joined: 9-September 06
From: Kg. Makam, Mersing, Johor.
Member No.: 10,031
Status: Offline
Last Seen Online:
Feb 24 2009, 05:02 PM
Gender:
Country: Afghanistan

Not Telling



Moral dia, pada kita yg ada anak2, dalam kita nak asuh mereka utk jdkan dia org yg berguna pd masyarakat, jgnlah push smpai dera mental dan emosi. Marilah kita jadi ibubapa yg cool..
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
Polaris_girlz
post Apr 1 2008, 11:40 AM
Post #11


♥♥♥♥♥
Group Icon

Posts: 1,390
Joined: 5-January 06
From: Polar Ice Cream Sdn Bhd. Lot 3, Jalan 3A, MIEL Industriial Estate, Batu 11, Jalan Balakong, Balakong, Selangor
Member No.: 1,284
Status: Offline
Last Seen Online:
Jun 13 2009, 03:50 PM
Gender:
Country: Afghanistan

Y!M :



dia ni kena buang kluarga ke apa...
sampai family dia pon xambil kisah pasal dr dia dah...
masa dia kawen pon family dia sorg
pon xdatang....

bak kata Mazidul kat MHI pagi tadi..
budak2 genius ni mmg akhirnya xkemana...
cam adik Adi Putra tu, xtau lah akhirnya dia camne..
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
panda
post Apr 1 2008, 12:01 PM
Post #12


I love milk
Group Icon

Posts: 274
Joined: 4-February 08
Member No.: 22,153
Status: Offline
Last Seen Online:
Feb 19 2009, 09:06 AM
Gender:

Not Telling



mari kite tolong same die. sesiape volumteer :java script:emoticon(':sign0188:',%20'smid_25')
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
ninjutsu
post Apr 2 2008, 12:31 PM
Post #13


Explosive
Group Icon

Posts: 258
Joined: 6-April 06
From: kanoha leaf country
Member No.: 6,609
Status: Offline
Last Seen Online:
Jan 2 2009, 08:53 AM
Gender:

Y!M :



Bekas suami hairan Sufiah

LONDON: Bekas suami Sufiah Yusof, sedih kerana wanita yang pernah menjadi pelajar pintar matematik dan diterima masuk ke Universiti Oxford itu mensia-siakan bakatnya dengan memilih kehidupan yang salah.

Jonathan Marshall, peguam yang kini bekerja di Arab Saudi, berkata walaupun Sufiah memiliki masalah dengan keluarganya ketika membesar, bekas isterinya itu seharusnya sedar bahawa dia memiliki bakat dan banyak kelebihan berbanding orang lain.

"Saya terkejut, ia amat menyedihkan. Amat mengejutkan apabila seseorang menggunakan hidupnya ke jalan seperti itu. Saya tidak dapat menduga kenapa dia mahu melakukan perkara seperti itu, terutama seseorang seperti dirinya.

"Lebih mengejutkan, dia datang daripada latar belakang seorang Islam. Mengetahui seseorang melakukan perkara seperti itu, tambahan pula seseorang yang saya kenal rapat, ia membuatkan saya terfikir macam mana dia boleh terjebak," katanya sambil menjelaskan, perceraian mereka adalah disebabkan perbezaan haluan hidup masing-masing.

Sufiah, 23, yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, dilaporkan melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar tabloid di London, News of The World, Ahad lalu, melaporkan Sufiah mengiklankan 'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Ibunya, Halimahton Yusof, 52, berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof, 51, dari Pakistan, kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun.

Sufiah berkahwin dengan Marshall pada 2004 tetapi berakhir dengan perceraian setahun kemudian. Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan Kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.



LIHAT MUKA 4

DARI MUKA 1



Marshall menjelaskan, mereka berpisah kerana beliau lebih sedar mengenai Islam yang menjadi asas perkahwinan mereka sedangkan Sufiah tidak sedemikian.

"Sebab kami berpisah adalah saya menjadi lebih sedar (mengenai Islam) tetapi Sufiah tidak, menyebabkan dia memilih jalan salah dan jauh dari arah yang ingin saya tuju. Ajaran Islam adalah asas kehidupan seharian kita, jadi apabila laluan yang dipilih berbeza, ia menjadi isu utama.

"Dia bukanlah seorang yang mementingkan perkara zahir, dia bukanlah seorang yang sukar untuk hidup bersama. Kami memiliki matlamat berbeza, idea berbeza mengenai apa yang akan kami jadi.

"Setahu saya, tiada isu kecurangan atau apa-apa. Saya tidak pernah memikirkan perkara seperti itu kerana agama adalah asas perkahwinan kami," katanya sambil berharap Sufiah dapat kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, seseorang itu boleh menyalahkan sejarah masa kecilnya, tetapi ada masanya mereka harus bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan.

"Dia seorang yang berkemampuan tapi amat menyedihkan dia tidak mampu menggunakan bakat yang ada padanya. Satu syarikat akhbar memberitahu saya yang mereka menawarkan bayaran tertentu untuk cerita mengenai dirinya. Secara peribadi, saya lebih rela menjual cerita saya berbanding diri saya," katanya. Di KUALA LUMPUR, kerajaan melantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim untuk mengetuai misi menyelamatkan Sufiah.

Menteri di JPM, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata misi 'Selamatkan Sufiah' dilancarkan atas kesedaran kerajaan untuk bertindak segera bagi menyelamatkan akidahnya.

"Kami akan melakukannya dengan kerjasama Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia). Mashitah akan ke London secepat mungkin bagi bertemu Sufiah," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Kompleks Pusat Islam semalam.

Sementara itu, Mashitah berkata, beliau merancang menemui Halimahton dulu bagi mengetahui masalah sebenar sebelum bertemu Sufiah.

"Sufiah sebelum ini seorang anak yang menjaga agamanya dan tidak meninggalkan solat lima waktu, tetapi kerana terdesak untuk meneruskan pengajian selepas bapanya dipenjara, dia sanggup menggadaikan tubuhnya.

"Kita akan menyusun strategi untuk menyelamatkan Sufiah dan mengembalikannya menjadi orang Islam yang baik. Kita akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Sufiah kalau itu menjadi masalah utamanya sehingga beliau menggadai diri. Jika boleh, kami ingin membawa pulang Sufiah ke negara ini," katanya.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
uncle_sazfar
post Apr 2 2008, 02:25 PM
Post #14


Misogyny Rules!
Group Icon

Posts: 477
Joined: 26-November 05
From: Armanee Terrace
Member No.: 103
Status: Offline
Last Seen Online:
Mar 11 2009, 08:49 PM
Gender:

Y!M :



daripada copy pasta tanpa penjelasan atau pendapat, adalah lagi baik kasi link ke berita tu. at least lagi best baca kat website berita tu.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
ninjutsu
post Apr 2 2008, 02:53 PM
Post #15


Explosive
Group Icon

Posts: 258
Joined: 6-April 06
From: kanoha leaf country
Member No.: 6,609
Status: Offline
Last Seen Online:
Jan 2 2009, 08:53 AM
Gender:

Y!M :



QUOTE(uncle_sazfar @ Apr 2 2008, 06:25 AM) *

daripada copy pasta tanpa penjelasan atau pendapat, adalah lagi baik kasi link ke berita tu. at least lagi best baca kat website berita tu.



it's ok,bergantung kepada stp individu...kalo bg URL jek..mcm org nak kuarkan pendapat kat sini..buleh tgk ruangan current isu sblum ni..mmg ramai yg copy paste sblum meberi pendapat
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
Alayna
post Apr 2 2008, 03:51 PM
Post #16


Freshie
Group Icon

Posts: 11
Joined: 24-February 08
From: |Pandan Mewah| <> | Cheras |
Member No.: 22,797
Status: Offline
Last Seen Online:
Apr 2 2008, 04:06 PM
Gender:

Not Telling



Macam tu lah hidup.. kekadang kita di atas, kadang2 di bawah. Dulu dipuja, kini dicela. Setiap dugaan mendatang kena dihadapi dgn kekuatan agar tak memilh jalan yang salah. Apapun, hidup mesti diteruskan!
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
panda
post Apr 2 2008, 04:05 PM
Post #17


I love milk
Group Icon

Posts: 274
Joined: 4-February 08
Member No.: 22,153
Status: Offline
Last Seen Online:
Feb 19 2009, 09:06 AM
Gender:

Not Telling



kite kene bagi tolong dier. guide dier tuu. so....ade sape yg baik hati tuk memberi tunjuk ajar adalah dialu-alukan. bine hidup baru. tutup kisah2 yg lame dulu
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
redmoki
post Apr 2 2008, 05:55 PM
Post #18


Inspired
Group Icon

Posts: 136
Joined: 5-July 06
From: Deep Ocean
Member No.: 8,839
Status: Offline
Last Seen Online:
Oct 30 2008, 11:28 AM
Gender:

Y!M :



A'kum...

Pada aku pula.. asalnya memang la tekanan yang dia hadapi dek kerana ibu bapanya terlalu menekan cara hidupnya atau dalam ertikata lain mengongkong dan ketegasan yang melampau. Sebab tu sekarang ni ramai orang bercakap tentang kanak2 yang dewasa sebelum masanya.. pada aku kanak2 genius tidak termasuk dalam golongan "kanak2 yang dewasa sebelum waktunya".. tetapi... cara bagaimana ibu bapa mengaturkan hidup anak2 tak kira mereka genius atau tidak.. itu yang penting. Genius atau tidak.. mereka tetap dan masih kanak2. Sebagai ibu bapa tidak seharusnya kita merampas dunia kanak2 dari mereka hanya kerana inginkan mereka menjadi genius dan mendapat perhatian ramai. Zaman sekarang ni ada yang terjadi ibu bapa menghantar anak2 mereka ke sekolah seawal 3 tahun. Pada aku itu sesuatu yang extreme dan tidak sepatutnya terjadi. Disiplin adalah perlu namun.. apakah maknanya disiplin jika tidak di disertakan dengan pengertian terhadap pendisiplinan itu sendiri.

Pada aku sendiri.. walaupun ramai yang ghairah menghantar anak ke sekolah seawal yang mungkin.. malah sekarang ni menjadi kebiasaan untuk menghantar anak ke sekolah pada usia 4 tahun.. aku tak mungkin mengikut jejak langkah ibu bapa itu. Aku punya sebab yang banyak.. antaranya keadaan anak aku sendiri.. aku melihat dia sebagaimana yang disebut selalu dalam majalah2 bahawa otaknya umpama "sponge" yang boleh absorb banyak perkara dengan cepat. Pada aku waktu2 begini adalah lebih baik aku terapkan nilai kekeluargaan serta kedudukan institusi keluarga dalam agama Islam.. dan kedudukan agama Islam dalam hidup individu.. supaya lebih tersemat dalam hati sanubarinya dan akalnya. Supaya dia lebih mengerti. Aku sendiri pada usia 4 tahun sudah mengerti apa ertinya dan hukum "muhrim" dan bagaimana perlaksanaannya. Dan akademik yang lain aku turut ajarkan secara basic dalam waktu yang sama. Akademik yang seterusnya.. dia punya 10 tahun (bagi kanak2 normal) + 3 - 5 tahun lagi di universiti... masa yang agak panjang untuk mendalami ilmu akademik.

Di sini dan ketika inilah (ketika di bangku persekolahan) disiplin yang lebih ketat berbanding ketika zaman kanak2 kecil perlu diterapkan.. kerana dalam usia ini mereka sudah boleh berfikir secara logik.. sudah boleh mengerti alasan2 yang diberikan mengapa sesuatu perkara itu salah dan betul. Namun begitu... ketika ini.. cara mendisiplinkan itu memainkan peranan yang penting.

Aku ambil contoh Adi Putra.. dia sememangnya genius.. tapi dalam hanya bidang matematik. No offense.. ini hanya pendapat peribadi. Keengganannya untuk meneruskan persekolahan bersama kanak2 lain kerana mendakwa dia ibarat kereta yang besar cc berbanding kanak2 lain membuatkan dia bosan dengan pembelajaran yang lambat padanya. Ibu bapanya hanya mengiyakan dan menurut.. adakah ini tepat? Pada aku tidak... kerana dari enthusiasm untuk menonjolkan dia sebagai kanak2 genius mungkin akan menyebabkan kita mengambil langkah salah yang akhirnya akan menjebakkan kanak2 itu dalam masalah yang dia sendiri tidak terfikir. Logik kan.. kerana dia masih kanak2... masih perlu bimbingan dalam membuat keputusan.. dan bukan dia yang membuat keputusan secara total... perlu diingat.. dia hanya genius dalam matematik dan bukannya dalam kehidupan... malah tiada siapa yang totally genius dalam kehidupan.. so.. kita mahu dia menjadi manusia seimbang atau???

Perlukah dia mengabaikan pelajaran yang lain kerana mengejar pelajaran yang dia menjadi genius di dalamnya? Akan seimbangkah dia nanti? Apa kata ibu dan ayah sudah tidak perlu diambil kira dalam menentukan hala tuju hidupnya kerana dia genius? Atau perlukah ibu dan ayah melakukan over-disciplined hanya kerana ingin dia lebih berjaya lebih dari yang dia termampu dan sanggup? Bukankah Islam itu menyarankan kesederhanaan.. bukan bermakna ketepikan geniusnya tapi bak kata pepatah... "ibarat menarik rambut dalam tepung.. rambut jangan putus.. tepung jangan berselerak"...

Kalau dari awal plan yang teliti, baik dan seimbang sudah dibuat untuk kanak2 genius ini tak mungkin mereka end up like those you all have mentioned. Adi Putra masih ada waktu untuk diselamatkan.. tapi siapa yang peduli selagi dia menjadi ASET? Jangan sampai nanti dia menjadi aset seperti kereta.. susut nilai.. dan bukannya seperti hartanah yang semakin naik nilainya.. dalam ertikata lain.. modal insan.. tak kira genius atau tidak perlu digilap sesuai dengan keadaan dan realiti mereka.

Aku doakan Safiyah kembali ke pangkal jalan.

Wallahu'alam.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
doightdebeurre
post Apr 2 2008, 07:34 PM
Post #19


life's a bummer when you're hummer
Group Icon

Posts: 294
Joined: 17-December 05
Member No.: 661
Status: Offline
Last Seen Online:
Nov 27 2008, 04:44 PM
Gender:

Not Telling



QUOTE(uncle_sazfar @ Apr 2 2008, 08:25 AM) *

daripada copy pasta tanpa penjelasan atau pendapat, adalah lagi baik kasi link ke berita tu. at least lagi best baca kat website berita tu.

+1



jangan dah kena aids udah la cik sufiah.. btw,die ni ade msian nationality? tima masuk oxford aritu msia bangga2. i wonder skang bangga2 lagi ke tak hehe. femes la name sufiah yusuf kat internet skang.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


 
uncle_sazfar
post Apr 3 2008, 12:48 AM
Post #20


Misogyny Rules!
Group Icon

Posts: 477
Joined: 26-November 05
From: Armanee Terrace
Member No.: 103
Status: Offline
Last Seen Online:
Mar 11 2009, 08:49 PM
Gender:

Y!M :



sufiah bukan warganegara malaysia walaupun emaknya warganegara. pakistani dengan british nationality kalau tak silap.

malaysia (petronas) taja dia walaupun dia bukan warganegara.
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post


3 Pages V  1 2 3 >
Reply to this topicStart new topicThank You
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

Collapse

> Similar Topics

Topic Title Replies Topic Starter Views Last Action
Driver Genius Professional Edition 8.0 0 super 19 Feb 25 2009, 07:43 PM
Last post by: super
Picture Merge Genius 2.7.2 0 spotcrass 37 Jan 11 2009, 12:01 PM
Last post by: spotcrass
Driver Genius Professional Edition 0 super 54 Dec 10 2008, 12:21 PM
Last post by: super
Portable Driver Genius Pro 0 super 70 Nov 13 2008, 10:36 PM
Last post by: super
Driver Genius Professional Edition 2008 v8.0.0.316 0 super 89 Oct 12 2008, 07:13 AM
Last post by: super


 

- Lo-Fi Version Time is now: 4th July 2009 - 11:45 AM
  subdivion of jiwang.org
Hosted by Exabytes